Powered By Blogger

Wednesday, July 21, 2010

WARKAH YANG TERAKHIR

WARKAH YANG TERAKHIR

senja kian berlabuh...
kaki yg melangkah gagah,kini mulai melemah..
melalui detik-detik terakhir kehidupan..
sesak pedih dirasai..
mencengkam jasad yang keletihan..

mungkin hari esok,
peluang kehidupan sudah tiada lagi,
meruntun jiwa mengenangi,
andai waktu itu ku pergi,
tinggalkan semuanya yg ada dibumi,

langkah ini terlalu singkat,
masa-masa berlalu pantas,
akhirnya tiba detik itu,
detik tibanya nafas terakhir,
buat seorang musafir dunia,

saat-saat itu kian menghampir,
ingin sekali ku lirikkan senyuman,
pada semua insan disisi..
pada keluarga yg mengasihi..


KALAM KASEH: ADZHA

Friday, July 9, 2010

CERPEN: KASIH IBU BUAT NUR ALIFAH NAJIHA

Bingkisan ini dari hati seorang insan yang tidak pernah menatap wajah suci ibu walau sekali cuma.Dedikasi ini bicara kerinduan buat insan yang belum pernah ku cium manja dahinya.. Coretan ini buat insan-insan yang punyai ibu,agar hargai kasih seorang ibu,kerana masih ramai sebahagian kita yang tidak pernah merasa kehadiranya..

……………………………………………………………………………………….
DIARI KASEH SEORANG IBU

November 1990
“Puan..kandungan puan dalam bahaya, risikonya terlalu besar jika puan teruskan kandungan ni..Nyawa Puan dalam bahaya,Puan perlu gugurkan kandungan ni,”
Bicara dari seorang doktor yang menjadi titik permulaan episod sebuah duka dalam hidupku.Penantian selama 3 tahun untuk menimang cahaya mata sendiri sudah cukup berat untuk ditanggung aku dan suami.Berita ini hadir tatkala secalit kebahagiaan mula terpancar dalam rumah tangga kami..Dengan harapan akan menyambut orang baru yang selama ini dinanti.Namun segalanya berubah bila ini pula dugaan yang menimpa kami. Aku tak sanggup lagi menghampakan hati suami.
Di dalam hati kecil yang diundang gelojak kesedihan ini,aku menanam tekad untuk teruskan jua kandungan ini,walau tanpa pengetahuan suami. “Abang,maafkan aku jika pilihan ku ini melukai mu,dan merahsiakan ini dari pengetahuanmu.Izinkan aku abang untuk berkorban buat sekali cuma..demi anak kita,dan demi generasi kita” Bisik hatiku yang tiada lagi maya menahan sedih sendiri.

Deru enjin kereta suami ku yang pulang menghentikan seketika lamunan ku.. “ina…abang dah balik” aku terus bergegas menuju ke pintu menyambut suami ku pulang dari solat jumaat.Tangannya ku cium dan ku memandang tepat ke wajah suami ku. Suami ku bagaikan mula merasai tentang ada sesuatu yang aku sedang rahsiakan darinya.Aku cuba mengalihkan pandanganya dengan bergegas menuju ke dapur,dan menyiapkan secakir teh untuk dinikmati bersama. Ketika di ruang tamu,suamiku bagaikan kebingungan melihat ku yang sepi tanpa kata.
“ina..awak tak sihat ker?” Tanya suamiku kehairanan.
“eh tak lah bang..ina cuma penat sikit hari ni” jawabku ringkas.Suami ku mengangguk –angguk seolah-olah memahami tentang apa yang di alami oleh seorang ibu yang mengandung,dalam keadaan usia kandungan kini 7 bulan.
Di dalam hati ku hanya tuhan yang tahu,betapa sedih dalam menanti saat-saat yang bakal tiba.Saat tibanya orang baru, dan saat perginya aku dari persinggahan dunia ini.
“Ina esok hujung minggu,apa kata kita keluar beli barang-barang untuk menyambut anak sulong kita,abang tak sabar la”. Pertanyaan suami ku mengejutkan aku dari lamunan.Ternyata diwajahnya tercalit seribu kebahagiaan.Aku mengiakan sahaja permintaan suami ku.Walaupun dihati ku penuh dengan seribu duka. “Maafkan ku abang,kerana merahsiakan semua ini” bisik hati kecilku..

Buat suamiku tercinta,
Bukan niatku untuk menyalit luka,
Bukan kehendakku utk menempuh duka,
Pengorbanan ini untuk insan yang kita cinta,
Walaupun ku pergi buat selamanya,

Suamiku,
Disaat kau bahagia menanti insan istimewa,
Aku tempuhi duka menunggu perpisahan dengan semua,
Disaat kau riang melewati hari-hari ceria,
Aku menitiskan air mata menanggung derita,

Namun ini hakikat pengorbanan,
Dari seorang insan kerdil,
Buat anaknya yang tercinta”
(sajak ina buat suami)

Aku seolah-olah sudah berhenti berharap untuk terus hidup setelah doktor mengatakan peluangku terlalu tipis,dan risiko terlalu bahaya jika meneruskan kandungan ini.Namun aku tak pernah henti berdoa.Mengadap Rabbul Izzati.Kerana ku tahu,Dia tidak akan menguji seseorang itu,diluar kemampuanya..Aku yakin,inilah kasihNya..Pasti ada hikmah,disetiap ketentuanNya..

“ina…buat apa tu” teguran suami ku membuatkan lamunan ku terhenti seketika.
“eh,takde lah bang, saja duduk-duduk tengok anak jiran kita main” jawabku ringkas untuk menutup tentang apa yang hati aku rontakan. Suami ku melemparkan senyuman seolah-olah menganggap aku tidak lagi sabar untuk punyai anak sendiri.
“Urm..ina..bila anak kita lahir nanti, kita nak letak nama apa ya??..abang tahu ina lebih kreatif dalam bab-bab ni,penulis puisi la katakan”.. Tanya suamiku sambil mengusik manja.Baginya,aku lah juara dalam memikirkan sesuatu yang kreatif.
“ye lah tu bang,memang ina dah lama fikirkanya, ina rasa kalau anak kita perempuan, ina nak bagi nama NUR ALIFAH NAJIHA..sesuai kan bang nama tu..NUR ALIFAH NAJIHA BINTI SULAIMAN.. dan ina rasa kalau laki,ina nak letak nama ABDULLAH FAHMI” jawab ku dengan penuh keyakinan yang suami ku akan bersetuju dengan segala cadangan tu..
“memang cantik nama tu,abang menyetujuinya seribu peratus” Ujar suamiku sambil mengusik manja.



Di zaman moden ini,semasa didalam kandungan pun sudah dapat mengetahui samada anak lelaki atau perempuan. Sikap suamiku yang terlalu gembira dan tidak sabar menerima orang baru dalam hidup kami,membuatkan kami membuat keputusan untuk memanfaatkan teknologi zaman ini,untuk mengetahui jantina anak kami.Dan pemeriksaan menunjukkan kami bakal menyambut seorang puteri sebagai penyeri hidup kami.Alhamdulillah,ku luahkan ayat-ayat cinta Allah,sebagai tanda syukur padaNYA.
“Nur Alifah Najiha,hadir mu memerlukan seribu pengorbanan,moga lahir mu membawa sejuta kebahagiaan”. Bisik hati kecil ini yang penuh dengan kecelaruan,antara suka dan duka.

Nur Alifah Najiha,
Ibu rindu melihat wajah kecil mu,
Ibu rindu mendengar tangisan manjamu,
Ibu rindu melihat kau membesar mendepani hari-hari muka,

Andai ditakdirkan ibu pergi,
Jangan kau berduka anakku,
Jangan lama kau tangisi pemergiaan ini,
Ini sudah takdir dariNYA,
Anggaplah ini sebuah suratan,
Yang tiada siapa yang mampu menghalangnya,

Nur Alifah Najiha,
Hadirmu adalah cahaya,
Walau jalanya dipenuhi ranjau-ranjau,
Walau jalanya disulami mutiara-mutiara air mata,
Namun tiada penyesalan di hati kecil ibu,
Demi memberi peluang mu melangkah di alam ini,

Anakku,
Dihati ibu tersimpan harapan yang menggunung,
Untuk melihat kau menjadi insan solehah,
Yang tidak tumbang dek kehidupan dunia,
Biar dibumi nama mu bukan mashur,
Namun dilangit nama mu menjadi siulan,

Nur Alifah Najiha,
Jadilah anak yang menjadi penenang hati ayah,
Jadilah insan yang menjadi penyejuk mata masyarakat,
Inilah harapan dari seorang ibu,
Inilah hadiah untuk sebuah pengorbanan..
(tinta kasih dari ibumu..)

Kadang-kadang, Allah sembunyikan matahari,namun ia datangkan petir dan kilat, Kita menangis tertanya-tanya,kemana hilangnya sinar, rupa-rupanya Allah ingin memberikan pelangi yang indah.Aku yakin,disebalik dugaan,pasti ada hikmah,yang mampu membuatkan hati kita meluahkan syukur padaNya. Ujian yang datang,mungkin untuk menambah iman kita,dan mungkin juga untuk menguji sejauh mana iman kita.Alhamdulillah, hati aku menjadi tenang,apabila membaca ayat-ayat cinta Allah,dan janji-janji dariNYA,buat insan yang sabar menempuhi ujian dariNYA.
Hidup kita ini,kita pasti menempuhi hari perpisahan dengan semua, namun bezanya cuma samada cepat atau lambat, tidak kira siapa pun dia, tidak kira makhluk apa pun dia, saat perpisahan itu pasti akan berlaku. Dan aku lega,kerana sekurang-kurangnya aku tahu bila saat dan waktunya aku akan pergi,dan aku lega,andainya ditakdirkan aku pergi, perginya aku ialah demi sebuah pengorbanan. Namun aku tidak pernah terhenti berharap, mengemis kasih memohon doa,agar aku diberi peluang, untuk meneruskan hidup ini,dan mendepani hari-hari muka,bersama suami dan anak tercinta.

Masa-masa yang dilalui bagiku terlalu cepat berlalu,kini kandunganku sudah menjangkau 9 bulan, seribu rasa berbaur-baur didalam fikiranku, ada rasa takut,gembira,sedih dan bermacam-macam lagi, bermain-main dijiwaku. Ya Allah,berikan kekuatan padaku,berikan kekuatan pada suami ku, dan berikan kekuatan pada semua orang yang aku sayang dan mereka menyayangi ku.Amin..

Diari sebuah pengorbanan,
Ibumu..

……………………………………………………………………………………

“Sudah 19 tahun ibu pergi… Ibu menghembuskan nafas terakhir setelah 5 bulan aku dilahirkan.Pada masa itu aku belum mengerti apa-apa..Kini bila aku besar,baru ku tahu mulianya erti sebuah pengorbanan.” Detik hati kecilku, sambil menutup diari usang yang ibu tinggalakan buatku.

Ramai orang yang berpeluang mempunyai anak,namun mengabaikan anaknya.Banyak kes pembuangan bayi,terpapar didada-dada akbar setiap hari. Aku sedih bila terkenangkan zalimnya tindakan mereka. Padahal ada orang lain,yang sanggup mengorbankan nyawanya, demi seorang anak.

Ibu adalah wira ku, wira yang sanggup berkorban,walaupun nyawa tegadai,demi memberi peluang untukku merasa hidup didunia. Ibu..walaupun engkau sudah pergi meninggalakan kami, tetapi engkau tetap dekat,dihati kecilku ini. Tatkala malam aku pasti merinduimu,walau tak pernah menatap wajah suci mu biar sesaat cuma,kau pergi tatkala aku tidak tahu apa-apa tentang erti hidup didunia. Saban malam tatkala mata ingin mula terlelap, potret-potret mu kujadikan pengubat rindu.
Bicara kerinduan ini buat insan yang belum pernah ku cium manja dahinya,insan yang sanggup berkorban,demi seorang anak yang dia cintai..

Di zaman kecilku aku sering bertanya,
Ayah..kenapa najiha tidak punyai ibu?
Jawab ayah kerna Allah lebih sayang kan ibu,
Tapi kenapa ayah…
Kenapa Allah mengambil ibu dari Najiha?
Adakah kerana Allah tidak sayangkan najiha,
Itu yang sering ku persoalkan.
Hingga kini ku kian dewasa,
Ku mulai mengerti segalanya..
Ku mengerti inilah ujian buat hambanya,
Sebagai penguat iman di dada..
Allah menguji kerana kasihNYA,
Agar ku tak leka lalai,
Dalam mengerumudi bahtera kehidupan..

Buat mu ibu tercinta,
Kau pergi tinggalkan cahaya,
Cahaya kasih yang pasti tak kan pernah padam,
Di dalam hati seorang anak,
Yang kau pergi deminya,

Terima kasih ibu….
(sajak nur alifah najiha)

TAMAT
………………………………………………………………………………………

Nukilan: Anugerah Qudus (8 Julai 2010)
Sebarang komen dan cadangan boleh la menghubungi: anugerahqudus.blogspot.com

© anugerahqudus.blogspot.com
Hak cipta terpelihara. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat anugerahqudus.blogspot.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan.Wassalam.

cinta ibu ayah

cinta ibu ayah

abah dan umi

abah dan umi

TATKALA MATAKU MENANGIS

TATKALA MATAKU MENANGIS

oleh: Che Adzha (anugerah qudus)

Hirup pikuk godaan dunia membuatkanku terduduk seketika mengenangkan nilai-nilai islam yang semakin meluput dari jiwa generasi muda pada hari ini.Terkadang air mata ku menitis sendiri tatkala mengenangkan terlalu ramai para remaja yang roboh tiang agamanya, solat hanya ketika rajin, apabila malas terlalu mudah utk meninggalkanya,tanpa rasa bersalah. . Terlalu sukar utkku menerima sebuah hakikat bahawa islam sudah menjadi sesuatu yang janggal di dunia akhir zaman ini. Kiamat sudah semakin dekat, tanda-tanda kecil semuanya telah ada. Yang tinggal menunggu masa tanda-tanda besar sahaja. sedarlah bahawa dunia hanya tempat persinggahan,penjara bagi orang mukmin,syurga bagi orang kafir.Dunia ibarat air laut yang semakin diminum semakin menambah haus.Tetapi yang sedihnya apabila mengajak utk berjuang,tidak ramai yang sanggup,tidak ramai yang sanggup berkorban jiwa dan raga, harta dan masa.Orang yang memegang tali perjuangan terlalu sedikit,tetapi yang mengkritik perjuangan orang lain sungguh ramai. Sanggupkah kita hanya duduk sahaja melihat dari jauh?? Melihat kelelahan umat ini,melihat generasi baru menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH??. Cukupkah kita hanya beramal seorang diri sahaja?? Sanggupkah kita melihat sahabat,ahli keluarga,dan masyarakat terpesong jauh dari nilai-nilai islam?? Dimanakah usaha kita? Kenapakah langkah kita telalu lambat??

Sahabatku,dulu semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..Kau benar-benar kebingungan dan bertanya,”apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??” jawabku, bukankah engkau adalah da’i dan mujahid???” katamu lagi,” tapi langkahku terlalu lambat…jawabku,” kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..Pada hari itu,amalmu terbentang,tubuhmu terbuka..Apakah disana ada bekalmu???..

“pada akhir zaman orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..Namun andai dilepaskan hancurlah dunia..jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian.kita hidup untuk perjuangan dan mati utk kehidupan syurga idaman… -imam nawawi-

Sememangnya orang-orang yang berjuang dijalan Allah akan dirintangi ujian.Ujian yang terkadang membuatkan kita terduduk menangis, lambang kekerdilan kudrat hamba. Namun apapun air mata inilah yang akan memadam api neraka kelak.InsyaALLAH..

kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan” (al-insyirah: 5)

Setelah kefakiran pasti ada kekayaan,setelah kesakitan pasti ada kesihatan,setelah kesedihan pasti ada kegembiraan,setelah kesempitan pasti ada kelapangan,setelah terpenjara pasti ada kebebasan,dan setelah kelaparan pasti ada kekenyangan” -DR AIDH B. ABDULLAH AL-QARNI